«

»

Sep
07

SIAPAKAH PENCIPTA BENDERA MALAYSIA ?

Kali ini dRS mahu berkongsi kepada anda semua tentang siapakah pencipta bendera Malaysia kita yang berkibar dengan megah setiap hari, pasti ramai yang ingin tahu, dRS kongsikan bersama anda.

Beliau ialah Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang.

Bendera Malaysia dicipta pada 1947 dan buat pertama kalinya bendera Malaysia di naikkan pada tanggal 31 Ogos 1957, di bawah ini petikan dari arkib negara

” Allahyarham Mohamed bin Hamzah Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira-kira 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman “

Apapun dRS tetap tabik pada beliau yang menjadikan bendera jalur gemilang sebagai suatu kebanggaan rakyat Malaysia, hasil rekaan yang hebat dan di sini dRS selitkan beberapa fakta menarik mengenai bendera jalur gemilang yang anda harus tahu :

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

1) Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

2) Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam – agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).

3) Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

4) Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

OH MALAYSIA KU YANG TERCINTA SYUKUR PADA ALLAH SWT YANG MEMAKMURKAN BUMI MALAYSIA. AMINN….

dRS ingin berkongsi dengan anda semua seluruh rakyat Malaysia video ketika bendera Malaysia atau jalur gemilang mula-mula di naikkan pada tahun 1957 semasa Bapa Kemerdekaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan “Merdeka” pada 31 Ogos 1957. Ini diikuti dengan upacara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil lagu Negaraku dimainkan buat pertama kalinya juga !

5 comments

No ping yet

  1. Dila says:

    Salam ,terima kasih atas maklumat yang diberikan. banyak membantu ana membuat kerja kursus sejarah.

  2. alisha samsuri says:

    assalam’mualaikum kepada warga malaysia sy berdoa agar malaysia sihat sejatera

  3. haida buhairi says:

    assalammualaikum semua apa khabar sihat ke apa khabar saya sokong malaysia ye

  4. siti nur syahira says:

    selamat sejahtera semua

  5. nurul syazana says:

    lagu negaraku beeeeeeeeeeeeeest sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published.